Pada zaman kini, kincir angin masih lagi digunakan oleh beberapa negara untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan setempat, seperti contoh di negara kita, kincir angin digunakan di Pulau Tioman bagi menjana bekalan elektrik disitu.
Bertempat di University of Texas, Arlington, Amerika Syarikat. Professor J.C. Chiao dan juga Dr. Smitha Rao telah mengolah dan mencipta cara penggunaan baharu bagi kincir angin. Apa yang menarik, kincir angin ini bersaiz amat kerdil dan boleh dikategorikan dalam saiz mikro. Menurut mereka lagi, teknologi ini boleh digunakan untuk mengecas peranti mudah alih pengguna dengan hanya menggunakan angin.
Tidak seperti rekaan kincir
angin yang lain yang memang kita tahu perlu direka besar untuk mengolah tenaga
angin secara efisien, kincir angin yang mempunyai bentuk inspirasi daripada Van Gough
ini hanyalah bersaiz 1.8mm. Bilahnya yang kecil itu pula diperbuat daripada
gabungan keluli nikel serta bahan moden Sistem Mikro Elektromekanikal (MEMS) yang selalu boleh
didapati dalam pembuatan peranti pintar elektronik masa kini.Walaupun konsep kincir angin mikro ini masih dalam fasa prototaip, namun menurut mereka apabila sudah 100% dibangunkan kelak, ia mampu menggantikan bateri mudah alih yang anda selalu bawa itu untuk mengecas telefon anda.
Dengan maklumat dan akses kepada teknologi ini, pelbagai kegunaan yang sebelum ini mustahil untuk dicapai disebabkan had waktu tenaga elektrik boleh di atasi dengan mudah.
RUJUKAN // GIZMAG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan